fbpx

Sindiket edar syabu masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua JSJN Negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah (tiga dari kiri) menunjukkan sepucuk pistol dan dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di sini sebentar tadi. /Foto NOOR HASLIZA NUSI

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket memproses heroin dan mengedar syabu membabitkan tiga lelaki sekali gus merampas sepucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di negeri ini, Selasa lalu.

Tiga lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mulai pukul 12.30 malam.

Ketua JSJN Negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, serbuan pertama di sebuah kondominium di Seberang Perai Tengah telah membongkar sebuah makmal mini memproses heroin dan menahan seorang suspek.

“Dalam serbuan itu kita juga merampas sepucuk pistol jenis CZ 75D Compact beserta kelopak dan sarung serta 43 butir peluru hidup.

“Susulan tangkapan tersebut, kita berjaya menahan dua lagi suspek di tepi jalan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, nilai rampasan dadah adalah RM587,000 manakala jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM847,895. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI