fbpx

Pas mohon penjelasan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan Pas

KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memohon untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung berlakunya perubahan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, jika perkara ini betul maka UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 September 2019 lalu.

“Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai satu gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Takiyuddin, Pas berharap untuk mendapat penjelasan daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN.

Media melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ada ahli-ahli parlimen UMNO dan BN menyatakan sokongan mereka.

Beliau menghormati pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan susulan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperolehi majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI