fbpx

[VIDEO] Robot awasi kilang Gundam di Yokohama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah syarikat Jepun berjaya membina satu figura anime popular bersaiz besar iaitu patung robot Gundam setinggi 18 meter dan berat 25 tan, lapor portal berita New York Post kelmarin.

Satu rakaman video dikongsi Isnin lalu menunjukkan robot gergasi di hadapan sebuah kilang di Yamashita, Yokohama, dekat Tokyo mampu menggerakkan jari, lengan, kaki dan badan tanpa sebarang masalah termasuk kemampuan untuk melutut, lapor portal CNet.

Robot yang memiliki satu kerangka badan mekanikal berjaya disiapkan pada bulan Julai lalu dan pendedahan kepada orang ramai dilakukan menerusi perkongsian video beberapa hari lalu.

Pasukan jurutera turut mela­kukan satu ujian pergerakan anggota badan robot Gundam itu pada 5 Julai lalu. Robot itu merupakan satu projek yang diusahakan sejak 2014, termasuk perancangan dan pembangunan selama dua tahun.

Gundam merupakan mesin ketenteraan bersaiz besar dalam siri cerita fiksyen Jepun, Mobile Suit Gundam, menurut laporan majalah Newsweek.

Robot gergasi itu dibina berasaskan model RX-78-2 dalam siri anime itu, menurut majalah berkenaan.

Robot Gundam membantu Persekutuan Dunia semasa Perang Satu Tahun, berdasarkan cerita anime tersebut.

Kilang Gundam di Yokohama yang membina robot gergasi itu juga akan mengadakan majlis pembukaan besar-besaran pada bulan depan tetapi rancangan terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN