fbpx

Mayat lelaki terapung di Pulau Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui terapung di Pulau Korea, George Town tengah hari tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di Pulau Korea atau lebih dikenali sebagai Pulau Gazumbo berdekatan Pengkalan Weld di sini petang tadi.

Mayat lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an itu dijumpai lengkap berpakaian baju-t tanpa kolar berwarna hitam dan seluar panjang kira-kira pukul 1 tengah hari.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira pukul 1.04 tengah hari tadi dan bergegas ke lokasi menggunakan bot.

“Kita telah memerima maklumat daripada pasukan polis mengenai penemuan mayat terapung di pulau itu dan tindakan anggota adalah dengan menjalankan penugasan mengangkat mayat mangsa.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pangkalan Marin di Batu Uban untuk disanitasi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI