fbpx

Koperal ditahan tipu bayaran saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang koperal ditahan selepas didapati terlibat dalam kegiatan menipu pembayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini semalam.

Suspek berusia 45 tahun yang juga anggota trafik IPD sama ditahan pada pukul 7.30 malam selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa diperdaya suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa yang juga pemandu lori itu didatangi suspek ketika dia hadir untuk membuat semakan saman atas nama anaknya pada 17 September lalu di kaunter trafik IPD Petaling Jaya.

Katanya, mangsa perlu membayar RM1,120 bagi menyelesaikan tunggakan saman tersebut, namun suspek menawarkan bantuan mampu menyelesaikan saman tersebut dengan kadar RM500.

“Suspek memberi alasan mempunyai kenalan di bahagian trafik Bukit Aman untuk menyelesaikan saman itu sebelum mangsa memasukkan wang RM500 ke dalam akaun bank suspek.

“Bagaimanapun, saman itu tidak diselesaikan dan mangsa rasa dirinya tertipu sebelum tampil membuat laporan polis semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, bertindak atas laporan itu pihak polis menahan suspek pada hari yang sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah syabu dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI