fbpx

Isi kekosongan jawatan bagi lancarkan penyampaian kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat (empat dari kanan hadapan) bersama ahli KESOJA pada Mesyuarat Agung Tri- Tahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Perak(KESOJA) kali Ke-3 di Hotel Casuarina@Meru,Ipoh. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) menggesa kerajaan agar memansuhkan arahan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sebanyak lima peratus secara berfasa yang dilihat tidak realistik dengan keperluan perkhidmatan.

Perkara tersebut yang diputuskan semasa kerajaan sebelum ini ialah untuk mengurangkan jumlah kakitangan pada sektor tertentu sebanyak dua peratus setahun sehingga 2021 menerusi Dasar Pengurangan Penjawat Awam ketika itu.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, langkah tersebut dilihat tidak relevan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun meluluskan pengisian jawatan-jawatan kosong termasuk kategori jawatan yang tidak diisi.

Menurut beliau, pengisian jawatan-jawatan ini sememangnya perlu bukan sahaja bagi mengisi keperluan perkhidmatan tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak muda yang berkelayakan berkhidmat di dalam kerajaan.

“Ketika ini cuma 80 hingga 95 peratus sahaja jawatan diisi dalam pelbagai sektor, jadi tidak ada lebihan petugas sebaliknya kekurangan kerana jawatan-jawatan itu kosong.

“Harus diingatkan bahwa keperluan untuk sumber tenaga manusia dalam perkhidmatan awam sememangnya diperlukan bagi melaksanakan sistem yang menyokong kepada perkhidmatan yang diberi,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa hadir pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam (Kesoja) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah JAIPk, Datuk Yusop Husin.

Mengulas lanjut, Adnan turut meminta kerajaan memberi pertimbangan khas untuk mengambil semula penjawat awam berstatus kontrak yang diberhentikan sebelum ini seterusnya dipertimbangkan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong secara tetap.

Katanya, mereka ini pernah berkhidmat dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda yang dibubarkan oleh kerajaan sebelumnya sehingga berlaku pengabaian dalam soal kebajikan.

“Cuepacs pada dasarnya kita sudah bincang dalam mesyuarat sekretariat pegawai dan kami menyokong penuh usaha-usaha untuk mengembalikan pekerjaan mereka terdahulu.

“Dalam sektor-sektor tertentu pula, sentuhan atau keterlibatan secara langsung daripada penjawat awam masih diperlukan oleh rakyat,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI