fbpx

Tuai Residence lancar kondominium mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Suntrack Development Sdn. Bhd. (Suntrack) melancarkan projek terbaharu rumah mampu miliknya, Tuai Residence @ Setia Alam di sini.

Projek merangkumi 330 unit kondominium itu dibina dengan memfokuskan keselamatan kanak-kanak dan warga emas selain reka bentuk serta pembinaan bercirikan komuniti inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Suntrack, James KK Tan berkata, pembinaan Tuai Residence itu hasil kajian yang dijalankan pasukan perancangan reka bentuk syarikat tersebut dalam meneliti batasan dan halangan kepada pergerakan bebas di rumah.

“Pandemik Covid-19 juga telah mengakibatkan beberapa isu asas dalam masyarakat antaranya terkurung di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas yang berdepan akses terhad serta kurang kawasan komuniti bersesuai untuk aktiviti sosial mereka.

“Persekitaran sedia ada lazimnya tidak menyokong keperluan mereka dan kesukaran akses menghalang mereka daripada menjadi individu yang produktif dan aktif,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran projek itu di Setia Alam, di sini semalam.

KK Tan menerangkan, Tuai Residence merupakan antara projek hartanah di negara ini yang menggunakan konsep aplikasi Universal Design  sehingga ke dalam unit kondominium itu.

“Selain itu,  beliau menerangkan,  kondominium yang dijangka selesai dibina menjelang 2023 itu dijual pada harga mampu milik bermula RM490,000.

“Rumah berkeluasan antara 1,109 hingga 1,927 kaki persegi itu akan dibina di kawasan bandar berlandskap yang dirancang rapi di Eco Ardence, Setia Alam.

“Pemilik rumah Tuai Residence boleh memanfaatkan kemudahan di bandar itu seperti pusat beli-belah atau beriadah di Setia City Mall dan Tesco Setia Alam selain beberapa sekolah serta hospital,” katanya.

Tambah beliau, laluan di kawasan itu turut mudah diakses antaranya melalui Lebuh Raya Lembah Klang Baharu (NKVE), Lebuh Raya Shapadu dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI