fbpx

Siasatan kes hempas kucing selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di laman Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki menghempas kucing di atas sebuah kereta.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki menghempas seekor kucing ke lantai yang tular kelmarin sudah dilengkapkan dan telah diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya.

Sumber berkata, kertas siasatan berhubung kejadian telah diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya pagi tadi selepas ia dilengkapkan susulan penahanan suspek semalam.

“Tambah beliau, pihak polis kini sedang menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk menuduh suspek atau sebaliknya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013),” tegas beliau.

Terdahulu tular satu klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu menghempas kucing yang berada di atas keretanya ke lantai.

Susulan daripada kejadian tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia dalam paparan di Facebooknya mendedahkan kucing terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat tindakan pelaku berkenaan.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan semalam selepas menyerah diri di Balai Polis Setapak dan kucing berkenaan kini berada dalam jagaan pegawai penguat kuasa di Hospital Veterinar di Cheras.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI