fbpx

Kebenaran umrah bergantung keputusan MKN, KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tiga dari kiri) pada program Seminar Penipuan Umrah Kepada Agensi Pengelola Umrah di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kebenaran pelaksanaan ibadah umrah kepada umat Islam di negara ini bergantung kepada keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan saranan Kementerian Kesihatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, biarpun kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan kebenaran ibadah umrah, perbincangan bersama MKN perlu dibuat terlebih dahulu.

“Kita di Malaysia akan memasukkan ‘paper’ ke dalam MKN untuk perbincangan dan kalau dibenarkan (umrah), kita akan tengok bagaimana MKN membuat prosedur operasi standard (SOP) serta bagaimana saranan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penipuan Umrah Kepada Agensi Pengelola Umrah di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, agensi pengelola umrah disaran untuk mengikuti kursus kewangan sekali gus memantapkan pengetahuan dan selok-belok syarikat bagi mengelakkan masalah pengurusan umrah.

“Berdasarkan sedikit pengalaman isu penipuan umrah boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama segelintir memang ada niat tidak baik namun kes ini amat terpencil sekali sekala berlaku dengan niat seperti itu.

“Kedua pula biasa berlaku kerana masalah dari segi pengurusan kewangan agensi tersebut dan disebabkan perlu bayar komitmen dahulu, duit akhirnya tidak sempat pusing,” katanya.

Menurutnya, masalah tersebut timbul kerana kekangan seperti tiket penerbangan, penginapan hotel serta perjalanan sepanjang ibadah umrah memandangkan ia melibatkan kewangan yang memerlukan perbelanjaan.

“Apabila mereka tidak dapat membayar, mereka dituduh sebagai menipu dan seumpamanya jadi atas asas itu, saya menasihatkan mereka benar-benar perkukuhkan kewangan dan buat pelan strategi menguruskan kewangan.

“Dengan ini mereka boleh melaksanakan sebarang bentuk komitmen kewangan sewaktu menguruskan umrah.

“Justeru seminar hari ini juga adalah mukadimah baik dalam menyusun atur pelaksanaan agensi umrah mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI