fbpx

Djokovic pintas pencapaian Nadal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC memintas gelaran Masters milik Nadal apabila menjuarainya buat kali ke-36 apabila dinobat sebagai juara pada Terbuka Itali awal pagi semalam. – AFP

ROM – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan bertaraf Masters buat kali ke-36 kariernya selepas memenangi kejohanan Terbuka Itali menewaskan jaguh Argentina, Diego Schwartzman awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Schwartzman yang sebelum ini menyingkirkan ‘raja tanah liat’, Rafael Nadal gagal mengulangi prestasi terbaik selepas akur dengan kekalahan straight-set 5-7, 3-6 kepada Djokovic.

Kata Djokovic, kejayaan yang diraihnya adalah hasil kerja keras sepanjang minggu sekali gus menutup kekecewaan selepas pe­nyertaannya pada kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini dibatalkan kerana masalah disiplin.

“Ia adalah detik yang cukup istimewa buat saya secara peribadi selepas berjaya menang Terbuka Itali buat kali kelima dalam karier. Kejohanan ini cukup istimewa selain memiliki sejarah yang unik dengan diri saya.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Schwartzman yang mempamerkan aksi terbaik khusus­nya pada set pertama. Namun, saya berjaya mempamerkan aksi tenis dalam kelas tersendiri di saat yang penting untuk meraih kemenangan straight-set.

“Kini, tumpuan saya adalah untuk beraksi dengan cemerlang pada kejohanan Grand Slam, Terbuka Perancis yang akan berlangsung minggu depan dan saya anggap kemenangan ini melon­jakkan motivasi saya untuk memberikan yang terbaik di Roland Garros nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Djokovic yang juga pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 18 kali telah memintas rekod Nadal yang sebelum ini meraih kejuaraan bertaraf Masters sebanyak 35 kali dalam kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI