fbpx

Bayi perempuan dapat tiket EgyptAir percuma seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Seorang bayi perempuan yang lahir di dalam sebuah pesawat komersial EgyptAir dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup, lapor portal Daily Star kelmarin.

Penumpang wanita warga Yemen, Hiyam Nasr Naji Daaban melahirkan bayinya pada 1 September lalu pada ketinggian kira-kira 610 meter, semasa pe­nerbangan EgyptAir MS777 dari Kaherah ke London.

Juruterbang segera menukar laluan penerbangan ke Munich tetapi Hiyam Nasr tidak mampu bertahan lalu bersalin sebelum pesawat mendarat di bandar Jerman itu.

Seorang doktor yang berada di dalam pesawat membantu menyambut bayi bertuah itu de­ngan bantuan penumpang lain.

Syarikat penerbangan Egypt­Air membuat pengumuman dan mengucapkan tahniah kepada ibu dan bayi berkenaan di Twitter.

“Kami berbesar hati dengan kelahiran penumpang kecil di dalam pesawat EgyptAir semasa penerbangan dari Kaherah ke London baru-baru ini.

“Pengerusi Holding Company for Egypt, Rushdi Zakaria turut mengucapkan tahniah kepada Hiyam Nasr dan ingin memberi tiket penerbangan EgyptAir percuma seumur hidup untuk ba­yinya,” menurut perkongsian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI