fbpx

[VIDEO] Toyota Hilux berisi barang kemas dirompak di Besraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI bersenjatakan parang rompak sebuah kenderaan sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas di Lebuh Raya Sungai Besi kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pelbagai jenis barang kemas serta wang tunai dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dan bertopeng dalam kejadian di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dari arah Kuchai Lama di sini semalam.

Kejadian pukul 3.20 petang itu berlaku ketika pengadu yang juga jurujual sebuah syarikat pembekal emas serta rakannya dalam perjalanan untuk menghantar barang berharga itu ke beberapa kedai emas di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pengadu dihalang dua pacuan empat roda yang sama jenis sebelum tiga lelaki bersenjatakan parang menghampiri mereka.

Katanya, suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan sebelum menarik pengadu dan pemandunya keluar.

“Susulan itu, suspek melarikan kenderaan tersebut yang didalamnya mempunyai barang kemas serta wang tunai.

“Pengadu dan rakannya mengalami kecederaan akibat serpihan cermin yang dipecahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, beberapa jam kemudian pacuan empat roda pengadu ditemui di Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan terbakar.

“Siasatan berkaitan kes ini masih dijalankan termasuk anggaran kerugian barang kemas yang dilarikan kesemua suspek.

“Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi lapan saat yang menunjukkan sebuah pacuan empat roda dirompak lelaki bersenjatakan parang tular di media sosial.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI