fbpx
SEORANG suami di India membelah perut isterinya yang hamil untuk mengetahui jantina bayi mereka. – Gambar hiasan

Suami belah perut isteri hamil 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang bapa kepada lima anak dilaporkan tergamak membelah perut isterinya yang sarat hamil semata-mata ingin mengetahui jantina bayi dalam kandungannya.

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kekejaman menantu mereka yang dikenali sebagai Panalal dalam kejadian baru-baru ini di kampung Nekpur, negeri Uttar Pradesh di utara India.

Mangsa kini kritikal dan dirawat di sebuah hospital tempatan.

Polis berkata, Panalal tertekan kerana sudah memiliki lima anak perempuan dan dia amat begitu menginginkan cahaya mata lelaki sebagai pewarisnya.

Kata polis, suspek ditahan sejurus laporan dibuat dan motif kes masih dalam siasatan.

“Belum ada pengesahan tentang jenis senjata tajam yang digunakan suspek untuk mem­belah perut isterinya yang hamil tujuh bulan pada waktu kejadian.

“Mangsa dirawat di hospital berdekatan dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan yang serius,” kata Supritendan Pravin Singh Chauhan dari balai polis Uttar Pradesh kepada media tempatan.

Menurutnya, kes seperti itu kerap berlaku di India yang mana masyarakatnya menganggap anak perempuan sebagai membebankan dan lebih menghargai anak lelaki. – Agensi

POPULAR