fbpx

Sindiket dadah Xiang, Nathan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan menunjukkan rampasan dadah di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan dua sindiket dadah yang telah bergiat aktif sejak dua tahun lalu menerusi dua operasi berasingan yang dijalankan pada 16 dan 19 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu menyaksikan seramai 13 individu berusia antara 17 hingga 62 tahun ditahan.

Menurut beliau, nilai keseluruhan dadah dirampas adalah sebanyak RM210,993.48.

“Operasi pada 16 September membabitkan tiga serbuan dijalankan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri, di mana tujuh suspek ditahan termasuk seorang warganegara Singapura dan seorang wanita beserta pelbagai jenis dadah bernilai RM189,610.

“Hasil saringan urin mendapati empat daripadanya positif dadah manakala pemeriksaan lanjut mendapati empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, operasi kedua yang dijalankan pada 19 September lalu membabitkan lima serbuan di sekitar Kulai dan Kluang.

“Dalam operasi ini, kita menahan enam suspek termasuk seorang wanita berserta pelbagai jenis dadah bernilai RM21,383.48.

“Saringan urin mendapati tiga daripada mereka positif dadah manakala semakan lanjut mendapati lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau,” tambahnya.

Sementara itu, menerusi kedua-dua operasi terbabit, polis turut menyita pelbagai barangan antaranya empat buah kereta, barangan kemas, wang tunai dan sebuah motosikal bernilai keseluruhan RM273,700.83.

Ayob Khan turut memberitahu, kedua-dua sindiket yang dikenali sebagai sindiket Xiang dan Nathan itu mendapatkan bekalan mereka dari utara tanah air sebelum diproses untuk diedarkan bagi pasaran negeri ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI