fbpx

TSC paling menonjol sapu tiga gelaran utama di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN TSC berjaya menampilkan aksi cemerlang apabila meraih tiga daripada empat gelaran utama pada Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020.

PELUMBA basikal Sapura Cycling Team (TSC), Akmal Hakim Zakaria melakukan kejutan muncul juara acara lepas beramai-ramai elit lelaki di Kejohanan Lebuh­raya Kebangsaan 2020 di Bukit Katil, Melaka semalam.

Akmal mencatat masa terpantas 4 jam 36 minit 3 saat pada saingan sejauh 182 kilometer (km) itu sekali gus merampas jersi­ kebangsaan daripada pelumba Terengganu Cycling Team, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

Amirull sebelum ini memba­yangkan mampu untuk melakar sejarah muncul pelumba pertama mengekalkan jersi kebangsaan dalam sejarah Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan untuk tempoh sedekad, namun tewas kepada Akmal pada penghujung perlumbaan.

“Saya berpuas hati meraih kemenangan hari ini kerana kami turun bukan dengan pasukan yang lengkap kerana hanya ada tiga pelumba elit berbanding pasukan lain yang memiliki pelumba berpengalaman.

“Tahun lepas saya sekadar naib juara dan kali ini saya berjaya mengubati kekecewaan lalu. Strategi yang saya gunakan berhasil dengan baik dan tiada masalah. Terima kasih kepada pasukan dan rakan-rakan saya yang memberi sokongan padu pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Kejayaan Akmal Hakim me­nyaksikan TSC menyapu tiga daripada empat gelaran utama iaitu juara kebangsaan juara acara lepas beramai-ramai elit lelaki, ujian masa berpasukan (TTT) dan ujian masa individu (ITT). Acara lepas beramai-ramai Bawah 23 tahun dikuasai oleh pelumba Terengganu A, Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim.

Kancah elit wanita pula me­nyaksikan pelumba Johor A, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad meneruskan rentak kecemerlangan apabila menguasai acara lepas beramai-ramai sejauh 104km dengan catatan masa 2 jam 32 minit 18 saat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI