fbpx

MetMalaysia sedang lakukan ujian siren SAATNM di Kemaman dan Kudat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Kemaman, Terengganu dan Kudat, Sabah tidak perlu panik apabila terdengar bunyi siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang melakukan ujian ke atas siren yang berada di kedua-dua kawasan terbabit.

Menurutnya, ujian tersebut bermula pukul 9 pagi tadi sehingga 1 petang.

“Justeru, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI