fbpx

Lelaki Myanmar mati ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERDANG – Penemuan mayat seorang lelaki warga asing dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan menggemparkan penduduk di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan tersebut kira-kira pukul 10.15 malam sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Myanmar berusia dalam lingkungan 30 tahun dan mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa kesan tikaman pada belakang badan, leher dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismadi, pihaknya telah mengenalpasti dan melakukan tangkapan ke atas tiga suspek yang masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an di sekitar Seri Kembangan namun usaha untuk mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati telah berlaku perselisihan faham di antara suspek dan mangsa berhubung perebutan kipas angin namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tegas beliau._K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI