fbpx

Kanak-kanak tersepit celah pokok diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caption: Budak lelaki enam tahun yang tersepit di antara pokok dan tiang elektrik di Kampung Sungai Bakap, Batu Gajah, berjaya dikeluarkan bomba tanpa sebarang kecederaan. FOTO: Ihsan Bomba

Oleh SHAARANI ISMAIL

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang di Kampung Sungai Bakap di sini, budak lelaki terbabit berjaya dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai bermain sendirian di antara tiang dan pokok berkenaan sebelum tersepit.

Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.23 petang dan berjaya mengeluarkan budak lelaki berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Raja Mohd Saad Raja Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah itu selesai sepenuhnya kira-kira jam 5 petang.

Kanak-kanak lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarganya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI