fbpx

Anak didakwa bunuh bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pang Kar Foong dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka di Gunung Rapat pada 12 September lalu. Photo - ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka di Gunung Rapat pada 12 September lalu.

Tertuduh, Pang Kar Foong, 49, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dalam bahasa Melayu dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah melakukan bunuh iaitu menyebabkan kematian kepada Pang Ket Tai, 75, menggunakan botol dan serpihan botol kicap.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah rumah di No A 695, Jalan Besar Gunung Rapat di sini pada 12 September lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 November ini bagi sebutan semula kes ke atas turtuduh yang diwakili peguam, R. Rajasegaran.

Akhbar pada 12 September lalu melaporkan, mayat Ket Tai yang merupakan pekedai runcit itu ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di muka, leher dan kepala.

Ketika ditemui, suspek iaitu Kar Foong yang berada di sisi bapanya tidak cuba melarikan diri sehingga tangkapan dilakukan ke atasnya.

Siasatan mendapati, pergaduhan antara dua beranak itu berlaku ekoran suspek sering dimarahi mangsa kerana tidak mendengar kata.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun mempunyai rekod rawatan penyakit mental sejak 20 tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI