fbpx

Segerakan siasatan kes rasuah Yayasan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chegubard (dua dari kanan) menunjukkan dokumen diserahkan kepada SPRM berhubung isu salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Yayasan Negeri Sembilan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memaklumkan status terkini siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Yayasan Negeri Sembilan.

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, dia hadir ke Ibu Pejabat SPRM hari ini bagi menyerahkan beberapa dokumen berkaitan isu rasuah membabitkan yayasan itu.

Beliau berkata, dokumen itu antara lain berkaitan pemberian tender secara terus konsesi balak seluas 5,000 ekar oleh Yayasan Negeri Sembilan kepada empat buah syarikat.

“Difahamkan, syarikat berkenaan dikehendaki membayar hanya RM5 juta kepada yayasan sedangkan nilaian semasa harga bagi kawasan balak itu sekitar RM15 juta.

“Selain itu, individu yang dikaitkan berhubung pemberian konsesi itu pula adalah bekas Pengarah Yayasan Negeri Sembilan yang juga rakan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Individu berkenaan didapati menggunakan gelaran Datuk palsu sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 September 2018,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Chegubard yang juga anak jati Negeri Sembilan bersama beberapa lagi individu hadir ke SPRM bagi menyerahkan dokumen berkaitan dan dirakam percakapan berhubung isu rasuah berkenaan.

Katanya, menggunakan gelaran Datuk palsu adalah satu jenayah di bawah undang-undang dan individu sama juga terbabit dalam pemberian konsesi balak.

Dalam pada itu, katanya, dia juga mahu SPRM menyiasat operasi kawasan lombong pasir milik yayasan berhampiran Janakuasa Jimah, Port Dickson yang dikatakan turut berlaku penyelewengan.

Chegubard berkata, dia difahamkan bahawa SPRM sudah pun merakam percakapan beberapa pegawai kerajaan dan juga pemimpin politik kerajaan negeri berkaitan isu berkenaan.

“Namun, sehingga kini SPRM terus membisu mengenai isu itu.

“Tindakan segera SPRM sangat diperlukan bagi menyelamatkan banyak lagi harta dan wang rakyat Negeri Sembilan disamun oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI