fbpx

Ramadan muncul wira kemenangan Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMADAN (tengah) berjaya menjaringkan tiga gol ketika membantu Kuala Lumpur menewaskan Pahang 6-4 di Stadium Hoki Nasional hari ini. FB MHC

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang skuad kebangsaan, Muhamad Ramadan Rosli muncul wira Kuala Lumpur apabila meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Pahang 6-4 pada aksi Kumpulan D di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Ramadan berjaya menjaringkan tiga gol itu menerusi satu jaringan padang seawal minit kesembilan sebelum memanfaatkan dua pukulan sudut penalti pada minit ke-32 serta 52.

“Kami sedikit kurang dari sudut pukulan sudut penalti kerana melepaskan dua gol dari aspek itu kepada Pahang hari ini. Namun, saya gembira kerana berjaya membantu kemenangan pasukan,” kata Ramdan selepas tamat perlawanan.

Tiga lagi gol skuad bimbingan S. Selvaraja itu diperoleh menerusi Pavandip Singh Gurdip Singh pada minit kelima diikuti Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah (m-24) dan Muhammad Shahril Saabah (m-48).

Empat gol Pahang pula dijaringkan Muhammad Hazzim Amin Hafidz, Muhammad Arif Syafie Ishak, Ismail Abu dan Muhammad Hafiz Mohd. Zauri.

Esok, Kuala Lumpur dijangka berdepan tugas sukar menentang Negeri Sembilan pada aksi kedua Kumpulan D selepas lawan itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kedah dalam satu lagi aksi yang berlangsung hari ini.

Dua gol Negeri Sembilan berjaya dijaringkan pemain tengah skuad kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd. Jalil, manakala Ahmad Kazamirul Nasruddin menghadiahkan jaringan sagu hati buat Kedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI