fbpx

Pekerja Bangladesh cedera ditetak, disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Mohd. Padzli.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Bangladesh bukan sahaja disamun tetapi turut ditetak dua lelaki menggunakan pisau sayur dalam satu kejadian di Taman Sentosa di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.20 pagi.

Katanya, mangsa yang merupakan pekerja kedai runcit itu mengalami kecederaan di tangan kiri dan kepalanya.

“Dua suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan berwarna biru bertindak menyamun sebuah kedai yang dijaga mangsa berusia 30-an itu.

“Seorang suspek telah bertindak menetak tangan kiri mangsa menggunakan pisau dan memukul kepala mangsa menggunakan kotak resit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Padzli, suspek kemudian bertindak menyamun mangsa dengan mencuri sebuah telefon bimbit dianggarkan bernilai RM300.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI