fbpx

Nor Aqilah mangsa terhidu karbon monoksida stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aqilah masih menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pasangan kembar, Nor Aqilah Mohd. Safwan yang kritikal selepas terhidu karbon monoksida ketika berehat di dalam kenderaan di kawasan tempat meletak kereta di sebuah stesen minyak dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Pejabat Bahagian Perhubungan Awam Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan berkata, mangsa berusia 21 tahun itu dimasukkan ke hospital tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa mendapatkan rawatan kebuk mampatan hiperbarik bagi merawat keracunan gas yang dihidapinya.

“Keadaan mangsa kini stabil, namun dia masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan belum sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, empat sahabat yang sedang berehat di dalam sebuah kereta jenis Honda Odyssey dengan enjin terpasang mengundang tragedi apabila tiga daripadanya maut akibat terhidu gas karbon monoksida.

Kejadian itu mengakibatkan Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd. Safwan yang masing-masing berusia 21 tahun maut manakala Nor Aqilah dilaporkan kritikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI