fbpx

Maqis gagalkan cubaan seludup 23 anjing pelbagai baka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anjing pelbagai baka bernilai RM20,000 dirampas Maqis dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselematan di Pengkalan Hulu semalam.

Oleh SHAARANI ISMAIL

PENGKALAN HULU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 23 anjing pelbagai jenis baka di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini semalam.

Pengarah Maqis Perak, Rozita Superman berkata, kesemua anjing berkenaan yang dianggarkan bernilai RM20,000 diletakkan dalam lapan sangkar dan disembunyikan dalam sebuah lori transit yang membawa buah-buahan dari Thailand untuk dibawa ke Singapura.

“Jenis baka anjing yang dibawa masuk adalah Pomeranian, Shih Tzu dan French bulldog.

“Kesemua anjing dari pelbagai baka itu tidak mempunyai sebarang dokumen seperti Permit Import sah yang dikeluarkan oleh Maqis dan Sijil Kesihatan dari negara asal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rozita berkata, kegagalan untuk mengemukakan Permit Import adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, setiap kemasukan keluaran pertanian termasuk haiwan peliharan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan haiwan peliharaan yang masuk ke dalam negara bebas dari sebarang penyakit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI