fbpx
Biji kopi dari Indonesia yang dibawa masuk tanpa permit sah dirampas oleh Maqis Johor di LTAS, Senai, Johor Bahru semalam. - Foto IHSAN MAQIS

Maqis tahan kopi dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk biji kopi ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini semalam.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, biji kopi berkenaan dibawa masuk ke negara ini dari Indonesia.

Katanya, pihaknya menemui barangan dagangan tersebut ketika membuat pemeriksaan pada pukul 10 pagi.

“Ketika pemeriksaan dibuat di pejabat pos DHL LTAS, pegawai menemui bungkusan mengandungi biji kopi dengan berat 18.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM790.13.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati biji kopi tersebut tidak mempunyai permit import dikeluarkan Maqis dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Nur Afifah, biji kopi tersebut kemudian ditahan Maqis Johor untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan yang sah. – K! ONLINE.- K! ONLINE