fbpx

Dua lelaki curi basikal berjenama dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (dua, kanan) meneliti basikal berjenama yang dicuri dalam sidang media di IPD SPU di sini hari ini

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kumpulan yang aktif dalam kegiatan mencuri basikal berjenama di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) tumpas selepas polis menahan dua lelaki pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 28 dan 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di kawasan Bertam Perdana, Kepala Batas di sini kira-kira pukul 4 pagi.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, kita menemui beberapa batang spanar yang digunakan untuk menjalankan kegiatan curi basikal.

“Berdasarkan soal siasat, kedua-duanya mengaku telah mencuri sebanyak 13 buah basikal sejak Jun lalu dan menjualnya pada harga semurah RM80 sehingga RM100 sebuah.

“Kesemua basikal curi yang bernilai RM10,000 itu ditemui semula sekali gus kita berjaya menyelesaikan sembilan kes yang dilaporkan di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU, Kepala Batas di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang turut memiliki rekod kesalahan lampau direman selama seminggu dan kes disiasat mengijut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI