fbpx

584 ditahan polis ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR – Seramai 584 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 568 individu telah dikompaun
manakala 16 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (292), penjarakan fizikal (224), ingkar perintah PKPD (18), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (17), tidak memakai pelitup muka (14), ceroboh kawasan larangan (13), dan premis beroperasi lebih masa (6).

“Semalam juga Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 65 PATI, tiga penyeludup dan tiga tekong. Turut berjaya dirampas ialah 10 kenderaan darat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 29,748 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 71 hotel dan lapan premis lain.

Katanya, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 708 premis perniagaan termasuk peruncit (506), pemborong (172) dan pengilang (30).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,571 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mendapati 1,556 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI