fbpx

27 PATI Indonesia menyorok dalam hutan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada PATI Indonesia yang ditahan dalam satu Ops Benteng di Bandar Penawar, Johor petang semalam.

KUALA LUMPUR- Taktik 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyorok dalam hutan terbongkar apabila mereka ditahan Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dalam Op Benteng semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan lewat malam semalam meberitahu, pasukan keselamatan bertindak atas maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran sekumpulan individu yang dicurigai di sekitar kawasan hutan berdekatan Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar, Johor.

“Pasukan telah mengatur gerak Kumpulan Atur Cepat (QRF) ke kawasan tersebut sekitar pukul 5.20 petang.

“Kumpulan QRF bertindak mengepung kawasan tersebut dan hasil serbuan sekitar pukul 6 petang telah membawa kepada penangkapan 27 PATI terdiri daripada 23 lelaki dan 4 wanita berusia sekitar 21 hingga 46 tahun sedang bersembunyi di dalam hutan disyaki sedang merancang untuk menaiki bot balik ke Indonesia,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 62,583.86 melibatkan wang tunai RM27,221 dan 43,185,100 Rupiah (RM 12,022) serta 54 buah telefon bimbit.

“Kesemua PATI telah di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI