fbpx

Tujuh pelanggan tidak patuh SOP dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Tujuh individu dikompaun, manakala sebuah kafe di Bagan Ajam, Butterworth di sini diberi notis penutupan selama tujuh hari selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malam tadi.

Dalam operasi kira-kira lima jam bermula pukul 8 malam itu, sebanyak enam premis hiburan dan makanan di sekitar Butterworth diperiksa bagi melakukan pemantauan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mengesan pelbagai kesalahan sebelum mengambil tindakan.

“Tujuh kompaun dikeluarkan kepada individu terbabit kerana didapti tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau mendaftarakan butir-butir diri ketika memasuki premis.

“Manakala premis yang diberi notis tutup tujuh hari didapati tiada penjarakan fizikal, pelanggan tidak merekod kehadiran, pekerja tidak memakai pelitup muka dan pengurus tidak memberi taklimat kepada kakitangan berhubung Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sebanyak dua premis turut diberikan dua notis amaran bertulis ketika operasi dijalankan.

Operasi berkenaan disertai oleh 41 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI