fbpx

Suga Perdana Menteri baharu Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suga (tengah) selepas dilantik sebagai Perdana Menteri baharu hari ini. - AFP

TOKYO – Parlimen Jepun mengumumkan Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri baharu Negara Matahari Terbit itu menggantikan Shinzo Abe yang meletak jawatan akibat masalah kesihatan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tadamori Oshima berkata, Suga dari Parti Demokratik Liberal (LDP) menang mudah apabila memperoleh 314 undi daripada 462 undian.

“Merujuk kepada keputusan undian, ahli Parlimen telah membuat keputusan untuk melantik Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri baharu,” ujarnya.

Suga dijangka akan mengumumkan barisan kabinetnya lewat petang ini dan beliau dikatakan akan mengekalkan jumlah menteri bi bawah pentadbiran Abe sebelum ini.

Bagaimanapun, Suga yang tunduk hormat kepada ahli Parlimen tanda terima kasih selepas pengumuman perlantikannya itu tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI