fbpx

Lima lagi kerbau Syukur mati akibat hawar berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syukur bersandar pada salah seekor daripada lima kerbau yang mati akibat hawar berdarah di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Hati Muhammad Syukur Khamis, 15, yang dikenali sebagai Mowgli Malaysia terus sayu apabila lima lagi kerbau peliharaan keluarganya mati akibat wabak Heamoragic Septicaemia atau hawar berdarah hari ini.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin tersebut berkata, setakat ini 41 kerbau peliharaan bapanya, Khamis Jusoh, 64, telah menjadi korban akibat wabak itu sejak 9 September lalu.

“Saya juga perhatikan sekurang-kurangnya lima ekor lagi kerbau yang terdapat di kandang ini mempunyai simptom dijangkiti hawar berdarah.

“Saya amat risau penyakit itu akan menjangkiti tiga kerbau kesayangan saya iaitu Semek, Along dan Tokol,” katanya ketika ditemui di kandang kerbau keluarganya di Kampung Kubang Bujuk di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan hati Muhammad Syukur luluh menyaksikan 36 kerbau peliharaan bapanya mati bergelimpangan di dalam kandang disebabkan wabak hawar berdarah.

Dia sudah menganggap haiwan ternakan yang dibelanya sejak berumur enam tahun berkenaan sebagai sahabat.

Muhammad Syukur mula terkenal sejak awal tahun lalu apabila gambar selepas gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau sering memenangi anugerah fotografi antarabangsa termasuk yang terbaharu Imej Asia 2020 bagi bulan Ogos bagi kategori Orang/Jalanan oleh Asian Geographic. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI