fbpx
FAISAL meraikan jaringan kemenangan ketika menewaskan PDRM FA 2-1 pada aksi Liga Super di di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Tok Gajah kembali cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJAYAAN Pahang menamatkan badi kekalahan dengan menewaskan PDRM FA 2-1 kelmarin memberi suntikan semangat buat pasukan yang bergelut de­ngan prestasi pada saingan Liga Super ketika ini.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh percaya barisan pemain mula menunjukkan karakter dan mentaliti sebenar ketika menewaskan pasukan tercorot Liga Super itu tanpa beberapa pemain utama yang cedera.

“Saya rasa pemain menunjukkan aksi cemerlang untuk pastikan pasukan berada di landasan kemenangan sekali gus menyuntik semangat mereka.

“Mood pemain juga nampak ceria selepas pasukan dibelenggu dengan beberapa isu di luar padang yang sedikit sebanyak menjejaskan moral pasukan,” katanya semalam.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu, Pahang meraih kemenangan hasil jari­ngan Ivan Carlos dan Faisal Halim manakala PDRM mendapat gol menerusi Amir Saiful Badeli.

Dollah turut resah apabila dua pemain importnya, Harold Goulon dan Carlos terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kece­deraan di bahagian pangkal paha.

POPULAR