fbpx

763 ingkar PKPP, 608 babitkan aktiviti kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Aktiviti dalam kelab malam merekodkan tangkapan paling tinggi dalam tempoh 96 hari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas mencatatkan 608 tangkapan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tangkapan itu adalah sebahagian daripada 763 individu yang ditahan semalam atas kesalahan ingkar PKPP menerusi task force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, daripada keseluruhan individu yang ditahan, 746 daripadanya dikompaun manakala 17 individu lagi direman.

“Antara kesalahan lain termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (63), private party (27), tidak memakai pelitup muka (22), disyaki terlibat aktiviti (12), perjudian sabung ayam (10) dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (12).

“Turut ditahan adalah kesalahan gagal menyediakan peralatan serta catitan keluar masuk (enam) selain masing-masing satu tangkapan membabitkan premis beroperasi lebih masa, premis beroperasi tanpa lesen dan lain-lain aktiviti,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI