fbpx

K-Clique rampas takhta Siti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN K-CLIQUE

KUALA LUMPUR – Selepas lima minggu lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza menjuarai carta RIM (Industri Rakaman Malaysia), takhta tersebut akhirnya dirampas kumpulan hip hop, K-Clique dengan lagu Pulang (featuring AJ).

Pulang ciptaan Abdul Siddek Jasni, Mohd. Harley Arrysh Sairul Lizam, Muhammad Hairi Amin Hamdan dan Muhammad Syahmin Naim Igbal Khan terus melonjak ke tangga pertama, Aku Bidadari Syurgamu (kedua), Peluang Kedua (featuring MK K-Clique) di tempat ketiga.

CARTA TOP 10 RIM

“Syukur. Alhamdulillah untuk segala-galanya,” tulis salah seorang ahli K-Clique, Somean atau nama sebenarnya, Muhammad Syahmin Naim Igbal Khan menerusi Instagram.

Dalam carta tersebut, K-Clique mempunyai tiga buah lagu yang berjaya menduduki tangga 10 teratas iaitu Pulang di tangga juara, Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali (featuring MK K-Clique) di tangga ketiga dan Mimpi featuring Alif (tangga kesembilan).

Carta RIM ialah satu set carta yang disusun oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menarafkan single paling banyak di Malaysia.

Carta ini berdasarkan laporan yang disampaikan oleh penyedia muzik digital utama seperti Apple Music, Spotify, KKBox dan Deezer, dan agregat oleh BMAT iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemantauan muzik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI