fbpx

Dua maut motosikal rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Oleh WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Dua remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu, penunggang motosikal, Nor Rosalinda Salim, 18, dan pemboncengnya, Nurul Muliani Abdul Rashid, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Ego Solaris ditunggang kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Parit Buntar menghala ke Bagan Serai.

“Sebuah lori yang berada di hadapan motosikal mangsa dalam laluan sama memberhentikan kenderaannya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian.

“Motosikal ditunggang mereka tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mazuki, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI