fbpx

[VIDEO] ‘Isu bookie, tanya polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Mokhtar.

SHAH ALAM – Pengurusan tertinggi Selangor FC tidak mahu mendahului pihak berkuasa dan enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan yang mengaitkan bookie dalam serangan ke atas pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, perkara itu hanya berhak diulas oleh pihak polis yang mempunyai kuasa dalam siasatan kejadian tersebut.

“Saya tidak boleh nak komen, itu kena tanya polis,” katanya ringkas.

Dalam laporan media tempatan sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dijalankan secara terperinci.

Razarudin menegaskan, pihak polis memerlukan sedikit ruang untuk melakukan siasatan bagi mengetahui motif sebenar serangan ke atas Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey.

Sebelum insiden membabitkan Faisal, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid turut diserang dengan batang besi boleh laras di Terengganu hingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala.

Terbaharu, cermin belakang kenderaan milik bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dipecahkan dua lelaki bermotosikal dengan menggunakan tukul dalam kejadian di Johor Bahru, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI