fbpx

Caj RM200 sekali langgan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA-dua wanita warga asing yang ditahan didapati menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki tempatan dengan kadar bayaran RM200 bagi satu sesi.

PETALING JAYA – Keghairahan dua wanita warga asing melakukan aktiviti pelacuran bagi mendapatkan wang secara mudah tidak berpanjangan apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis rumah kedai di Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kedua-dua wanita terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi Ops Noda kira-kira pukul 4.40 petang.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan dua wanita warganegara asing yang disyaki melakukan aktiviti pelacuran.

“Melalui soal siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek didapati melakukan aktiviti pelacuran tersebut tanpa majikan dan telah beroperasi selama sebulan di premis yang disewa itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nik Ezanee, kedua-dua wanita berkenaan menyasarkan pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan dan mengenakan bayaran sebanyak RM200 bagi satu sesi.

“Susulan serbuan yang dilakukan, pihak polis turut merampas sebuah beg tangan berjenama, tiga telefon bimbit pelbagai jenama, tiga keping kondom, serangkai kunci rumah dan wang tunai berjumlah RM300.

“Kedua-dua suspek kini direman selama 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” tegas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI