fbpx

27 remaja, pelajar bawah umur terlibat parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seramai 59 individu termasuk 27 pelajar dan remaja bawah umur ditahan dalam satu operasi parti liar di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, dalam serbuan itu pihak polis berjaya menahan seramai 44 lelaki dan 15 perempuan berusia lingkungan 14 hingga 23 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki polis menemui 31 biji pil ekstasi dalam milikan mereka.

“Ujian saringan awal mendapati 16 suspek positif dadah Amphetamin dan Ketamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas tiga unit Laser Display System, tiga unit speaker dan tiga unit lampu LED.

Menurutnya lagi, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.

“Kesemua tangkapan juga telah dikenakan kompaun RM1,000 di bawah
Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI