fbpx

Vettel sertai Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL bakal menyertai Aston Martin musim depan selepas kontraknya bersama Ferrari berakhir hujung musim ini. – AFP

LONDON – Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel semakin hampir menyertai pasukan Ra­cing Point dengan mengambil alih tempat Sergio Perez pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Pasukan Racing Point mengumumkan barisan pelumba 2021 semalam selepas timbul spekulasi bahawa Vettel akan menyertai pasukan dari Kanada itu yang akan menggunakan nama Aston Martin pada perlumbaan F1 2021 nanti.

Ferrari sebelum ini mengumumkan bahawa Vettel tidak akan bersama mereka musim depan dan pasukan yang berpangkalan di Itali itu membawa masuk pelumba Sepanyol, Carlos Sainz Jr. bergandingan bersama Charles Leclerc.

Perez ketika ini merupakan pelumba tunggal Amerika Latin yang beraksi dalam saingan F1 dan masih mempunyai kontrak sehingga 2021.

“Masa saya bersama pasukan akan berakhir pada penghujung musim ini. Saya akui sedikit kecewa dan sedikit menyakitkan kerana saya berjuang bersama pasukan ini ketika mereka dalam kesusahan sebelum ini.

“Kami berjaya mengatasi ca­baran dan saya sangat bangga kerana menyelamatkan karier beberapa rakan dalam pasukan ini,” kata Perez yang tidak beraksi dua pusingan selepas positif Covid-19.

Pelumba Mexico itu mengakui tidak mempunyai sebarang pe­rancangan mengenai kariernya dalam saingan F1 selepas digugurkan bersama pasukan Racing Point.

“Saya tiada Plan B dan fokus saya hanya ingin meneruskan karier dalam perlumbaan F1,” katanya yang meraih lapan podium sepanjang beraksi dalam perlumbaan F1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI