fbpx

Ajal tiba ketika pulang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat Omar yang terperangkap di dalam kenderaannya selepas melanggar pembahagi jalan. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini malam semalam.

Mangsa, Omar Moidony, 52, dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang selepas bekerja di Taman Gembira di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.15 malam.

“Ketika ditemui selepas kemalangan tersebut, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kenderaan terkunci daripada dalam.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba kemudian disahkan sudah meninggal dunia semasa pemeriksaan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kes dilaporkan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, isteri mangsa memaklumkan mangsa baharu mendapatkan rawatan di hospital berhubung komplikasi jantung sebelum itu.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, enjin kenderaan didapati masih hidup manakala kaki mangsa dalam keadaan memijak pedal minyak.

“Bomba bertindak memecahkan cermin tingkap bahagian belakang kenderaan itu untuk mengeluarkan mangsa,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI