fbpx

Tiga suspek buli pelajar direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang dipercayai membelasah rakannya di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1 di sini direman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Tanah Merah. foto: BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Tiga suspek yang dipercayai membelasah rakannya di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1 di sini direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zul Zakiquddin Zulkifli.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9 pagi dengan menaiki lori polis.

Ketiga-tiga suspek kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan perintah tahanan reman terhadap mereka.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, seorang pelajar SMK Kemahang 1 di sini dibelasah tiga rakannya selepas bergurau untuk belanja mereka makan KFC.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa berhubung kejadian di asrama lelaki sekolah tersebut.

“Berdasarkan keterangan awal remaja itu, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana mangsa selepas berang apabila dia cuba mempermainkan mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.

Kes tersebut diketahui umum selepas video tiga suspek itu membelasah mangsa tular di media sosial sejak semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI