fbpx

Soal Jawab Fiqh Covid-19 edisi kedua sedang disiapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini dalam proses menyiapkan edisi kedua Soal Jawab Fiqh Covid-19.

Berkongsi perkara itu menerusi laman Facebooknya, Dr Zulkifli memaklumkan, beliau sedang meneliti manuskrip Soal Jawab Fiqh Covid-19 edisi kedua dan menjelaskan ada beberapa penambahan pada edisi baharu itu

“Meneliti manuskrip Soal Jawab Fiqh Covid-19 edisi kedua. Ada beberapa penambahbaikan pada edisi terbaharu ini. Insya-Allah boleh dimuat turun secara percuma di laman web sedikit masa lagi.

“Pandemik Covid-19 masih ada di sekitar kita. Teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan isi masa lapang dengan memahami fiqh Covid-19 melalui buku ini,” katanya.

Soal Jawab Fiqh Covid-19 edisi pertama yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) diedarkan secara percuma bagi salinan cetak dan boleh dimuat turun secara percuma dalam bentuk format PDF.

Buku ‘Soal Jawab Fiqh Covid-19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 191 muka surat itu adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jenazah.

Buku itu juga dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak Covid-19 ini.

Bagi yang belum membaca buku ini, boleh muat turun Soal Jawab Fiqh Covid-19 edisi pertama di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

Edisi kedua itu pula boleh dimuat turun kelak secara percuma menerusi mira.gov.my. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI