fbpx

Seramai 42 pelajar keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pelajar dibawa menaiki ambulan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 42 pelajar Sekolah Menengah Agama Tasek Junjong, Nibong Tebal di sini dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati mi goreng dan minuman coklat di kantin sekolah itu pagi tadi.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.15 pagi yang melaporkan kejadian berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati 30 pelajar perempuan dan 12 lelaki mengalami simptom muntah dan cirit-birit disyaki keracunan makanan.

“Anggota kemudian membantu menghantar pelajar terbabit menggunakan dua buah ambulan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa berjaya di hantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan pada pukul 12.09 tengah hari.

“Setakat ini kesemua mangsa dilaporkan stabil,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI