fbpx

Rosmah tubuh cybertroopers – Rizal Mansor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR – Bekas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia telah diarahkan Rosmah untuk menubuhkan pasukan cybertroopers yang dibiayai sebanyak RM100,000 sebulan.

Rizal, 46, yang merupakan saksi ke-21 memaklumkan kepada mahkamah, pasukan cybertroopers itu beroperasi dengan dana yang diberikan sendiri oleh Rosmah pada tahun 2012 secara tunai.

“Beliau memberikan kepada saya wang tunai berjumlah RM100,000 setiap bulan untuk membiayai pasukan tersebut. Saya sendiri di dalam kapasiti sebagai Pegawai Khas bertanggungjawab untuk menangkis fitnah, tohmahan dan tuduhan terhadap Datin Seri,” katanya.

Rizal berkata demikian dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala pembelaan diwakili peguam Akberdin.

Perbicaraan bersambung lagi 14 September ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI