KUALA LUMPUR – Pepsi memperkenalkan tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad yang melambangkan keunikan budaya tanah air bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, reka bentuk yang dihasilkan dengan kerjasama pelukis tempatan itu mengetengahkan peralatan memasak yang sering digunakan rakyat negara ini iaitu periuk tanah liat, lesung batu dan acuan kuih loyang.
Menurutnya, tin minuman tersebut hanya ditawarkan di peruncit tertentu iaitu MyNews, Kedai Mesra Petronas dan Shell Select bermula September ini.
“Sambutan Hari Malaysia kali ini amat istimewa dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat ke hadapan setelah menghadapi situasi mencabar.
“Pada saat penting ini, Pepsi mahu menghargai kepelbagaian budaya Malaysia sambil meraikan seni dan artis tempatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
Selain itu, bagi memeriahkan suasana sambutan, Pepsi turut menganjurkan peraduan digital Beli, Ambil Gambar dan Menang pada bulan September yang memberikan hadiah wang tunai RM100 kepada 10 pemenang setiap hari.
Orang ramai hanya perlu mendapatkan tiga tin pepsi edisi terhad yang berlainan, ambil gambar bersama ketiga-tiga tin minuman tersebut dan memuat naik gambar di media sosial menggunakan tanda pagar #PepsiBudayaKitaAlamiBersama.
Pepsi rai Hari Malaysia dengan tin edisi terhad
- Oleh KOSMO!
- 9 September 2020, 9:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Bot nelayan tersadai jadi stor sorok arak seludup RM1.5 juta
28 Jun 2026, 10:35 am

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati tema sambutan HKHM 2026
26 Jun 2026, 5:07 pm

Rokok, minuman keras RM10 juta ke Sarawak, Labuan dirampas
18 Jun 2026, 5:24 pm

Produk premix minuman pacu peningkatan hasil Orgabio
29 Mei 2026, 8:43 pm

Teh Yeo’s mahu perkukuh jenama, tawan hati generasi masa kini
22 Mei 2026, 7:18 pm

Minuman viral: Jangan tenat baru nak menyesal
11 Mei 2026, 8:35 am

Pagi kopi, tengah hari matcha, kemudian beratur di pusat dialisis
9 Mei 2026, 12:27 pm

Matcha atau kopi, mana lebih baik?
28 April 2026, 8:18 am






