fbpx

Mitsubishi Xpander baharu dipasang secara tempatan di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera tujuh tempat duduk ini akan dipasang di kilang Mitsubishi di Pekan, Pahang.

KUALA LUMPUR – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi Xpander baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang di Pekan, Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, model CKD pertama MMM adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) ASX Compact di Tan Chong Motors Assembly di Segambut di sini.

“Kemudian, pada September 2017, MMM memasang secara tempatan model SUV tujuh tempat duduk iaitu Outlander di kilang yang sama.

“Sekarang, Mitsubishi Xpander baharu akan dipasang di kilang baharu di Pekan, Pahang menggunakan teknologi automotif Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, Xpander baharu akan dijual pada harga kompetitif dan orang ramai boleh mula membuat tempahan tidak lama lagi.

Orang ramai yang berminat dengan jentera tersebut boleh mendaftar di laman web www.mitsubishi-motors.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI