fbpx

Maklumat palsu larang kunjungi restoran mamak jejas Presma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz Shik Ahmad (kanan) menunjukkan maklumat palsu yang disebarkan menerusi Facebook mengenai larangan berkunjung ke restoran mamak dan nasi kandar serta laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu. Hadir sama seorang lagi AJK Presma, Shaik Shamir Shaikalavudin.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Hampir 4,000 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) kini terjejas susulan penularan maklumat palsu berkaitan larangan mengunjungi restoran mamak ekoran dakwaan berlaku penyebaran virus Covid-19 di situ sejak 27 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Presma, Abdul Aziz Shik Ahmad berkata, satu laporan polis telah dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Bukit Mertajam di sini.

Katanya, laporan berkaitan penularan maklumat palsu melalui aplikasi Whatsapp itu diterima dua kali iaitu ada pukul 3.28 petang dan 3.35 petang hari tersebut dengan tajuk ‘Peringatan Kod Merah Kepada Seluruh Negara.

“Antara kandungan maklumat itu ialah ‘menjauhkan diri dari kedai mamak, nasi kandar dan semua restoran India yang mengambil pekerja dari India dan berpotensi merebak (virus Covid-19) ke seluruh negara.

“Kami (Presma) berasa kesal dengan penyebaran (maklumat) Whatsapp yang berniat jahat ini sedangkan KKM (Kementerian Kesihatan) juga telah mengesahkan bahawa perkara ini fitnah semata-mata dengan niat untuk merosakkan reputasi seluruh restoran nasi kandar di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Abdul Aziz yang juga pemilik Restoran Nasi Kandar DINAS memberitahu, selain maklumat palsu yang ditularkan menerusi Whatsapp itu, pihaknya juga menerima maklumat yang sama turut ditularkan menerusi laman Facebook, hari ini.

“Justeru, kita harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan sewajarnya.

“Kita ada bukti tambahan yang boleh menyokong dakwaan mengatakan bahawa maklumat yang ditularkan mengenai larangan berkunjung ke restoran-restoran ini adalah palsu jika diperlukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI