fbpx
Tangkap layar suspek yang terlibat dalam pergaduhan terbabit.

Kena belasah kerana gurau belanja KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1 dekat Tanah Merah dibelasah tiga rakannya baru-baru ini selepas bergurau dengan mereka untuk belanja makan KFC

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa berhubung kejadian di asrama lelaki sekolah tersebut.

“Berdasarkan keterangan awal remaja itu, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana mangsa selepas berang apabila dia cuba mempermainkan mereka dengan gurauan hendak belanja KFC.

“Polis telah mengenal pasti dan membuat tangkapan terhadap kesemua suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, ketiga-tiga suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Hari ini, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan seorang remaja ditumbuk dan ditendang dua rakannya di dalam sebuah dorm asrama.

Kelihatan remaja itu menangis selepas ditumbuk pada bahagian lengannya sehingga dia terjatuh di atas lantai.

Tidak cukup dengan itu, seorang rakannya yang tidak berbaju bertindak berani dengan menendang kaki mangsa sekuat hatinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN