fbpx

Kejuaraan Rali Estonia manis buat Tanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANAK berjaya mengurangkan jarak mata dalam Kejuaraan Rali Dunia berbanding pendahulu, Ogier selepas merangkul kemenangan di Rali Estonia. – AFP

TARTU, Estonia – Juara perlumbaan Rali Estonia, Ott Tanak menganggap kemena­ngannya di tempat sendiri itu adalah satu kemestian yang perlu dilakukannya.

Perlumbaan yang berada dalam kalender Kejuaraan Rali Dunia itu menyaksikan Tanak berjaya meraih kemenangan di laman sendiri dan lebih manis ia adalah kejayaan pertama­nya bersama pasukan baharu, Hyundai yang disertainya pada awal 2020.

Kemenangan itu menyaksikan dia yang meraih kejuaraan pada perlumbaan Rali Wales tahun lalu berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu ke­seluruhan, Sebastian Ogier dengan ketinggalan hanya 13 mata.

Pelumba Hyundai itu me­ngalami masalah tayar pancit pada awal perlumbaan tetapi berjaya meneruskan saingan dan menamatkan perlumbaan sebagai juara di hadapan rakan sepasukannya, Craig Breen dengan kelebihan 22. 2 saat.

“Minggu ini penuh tekanan dan secara jujur kejayaan ini menyebabkan semua kekusutan yang terpaksa kami tanggung sebelum ini hilang.

“Ini adalah perlumbaan yang saya perlu menang dan lebih manis bersama pasukan baharu,­ Hyundai Motorsport.

“Saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sepanjang perlumbaan ini, mengambil risiko serta perlu mengekalkan kepantasan untuk menang. Ia adalah cabaran besar untuk memastikan kejayaan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI