fbpx

Pintas Utama teroka teknologi baharu pembinaan di persada antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Marhalim sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun (kanan); Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Teknikal Pintas Utama, Datuk Ir. Shafawi Ishak.

PRAGUE – Syarikat kejuruteraan, Pintas Utama menjadikan peluang sebagai pempamer di Pavilion Malaysia sempena Kongres Jalan Raya Dunia Ke-28 (WRC) di Republic Czech sebagai batu loncatan untuk mengintai inovasi serta teknologi terkini yang boleh digunapakai dalam meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai tambah sektor pembinaan di Malaysia.

Turut serta dalam kongres itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut menyempurnakan perasmian Pavilion Malaysia semalam serta menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat pembinaan yang turut menyertai WRC 2023.

Seiring dengan Hala Tuju Strategik Kementerian Kerja Raya (KKR) 2021-2025, justeru usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi hijau dalam industri pembinaan menjadi salah satu titik tumpu Pintas Utama menyertai kongres tersebut yang menghimpunkan ribuan pemain industri pembinaan berkelayakan serta pakar dari seluruh dunia.

Pintas Utama turut membawa nama sebagai sebuah syarikat tempatan ke WRC yang berlangsung di Prague Congress Centre di sini yang bermula dari 2 hingga 6 Oktober ini.

“Sebagai sebuah syarikat yang datang dari negara membangun, kita seharusnya berbangga kerana sektor pembinaan di negara seperti Malaysia juga mempunyai nilai kebolehpasaran yang tersendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed

Pintas Utama merupakan pemain industri pembinaan yang bertanggungjawab dalam pemantauan cerun di jalan persekutuan, Semenanjung.

“Kestabilan cerun di Malaysia memerlukan pemantauan rapi untuk dibuat penilaian tahap risiko bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” kata Ir. Marhalim.
Sehingga kini Pintas Utama mengenal pasti cerun berisiko tinggi yang memerlukan langkah pencegahan runtuhan, namun keutamaan diberikan kepada kerja-kerja pembaikan cerun runtuh demi memastikan kelancaran mobiliti para pengguna jalan raya.

“Pintas Utama berharap memperoleh sesuatu yang baharu untuk dibawa pulang ke tanah air, seterusnya diaplikasikan bagi memperkasa industri pembinaan Malaysia,” kata Ir. Marhalim.

Bersempena perasmian Pavilion Malaysia itu, Alexander menyampaikan sijil penghargaan kepada Ir. Marhalim sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool, dan Ketua Pegawai Teknikal Pintas Utama, Datuk Ir. Shafawi Ishak. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI